Pejam celik, pejam celik, sedar tak sedar, da 12 hari kan puasa ;) hehe so tinggal 18 hari lagi nak raya..~ yeay..! :D but jgn lupa, setiap saat nafas kita di bulan Ramadhan ini perlu dimanfaatkan dgn sebaiknya, sebab kita xtawu, masih adakah peluang utk kita menikmati Ramadhan yang akan datang nie.. So, by the way, luangkan sedikit masa, jom kita topup ilmu..! ;) Sedikit perkongsian di saat ini, Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA mafhumnya:
Bahawa terdapat tujuh golongan manusia yg dilindungi Allah SWT pada hari akhirat iaitu :
Pertama :
Pemimpin yang adil
Kedua :
Pemuda yang hidup dalam beribadah kepada Allah SWT
Ketiga :
Orang yang mengingati Allah SWT ketika bersendirian lalu menitis air matanya
Keempat :
Orang yang hatinya bergantung kepada masjid
Kelima : Orang yang saling berkasih sayang kerana Allah SWT semata-mata
Keenam :
Lelaki yang digoda oleh perempuan yang cantik tetapi mengatakan aku takut kepada Allah SWT
Ketujuh :
Orang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yg dibuat oleh tangan kanan
Alangkah bertuahnya mereka ini.. So, nak x jadi salah seorang daripada mereka..? Jom..! ;)

No comments:
Post a Comment