Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Saturday, 9 October 2010

Nafsu!? Kawal atau Kawan..?


Berbohonglah kepada hawa nafsu
Bila kau bicara dengannya
Jika kau jujur dengannya
Nescaya akan pudarlah semua yang kau harapkan

Ku turuti keinginanku
Ternyata ia memperhambakanku
Sekiranya aku menerima apa adanya
Tentulah aku menjadi orang yang merdeka

~ Dipetik dari La Tahzan ~

Tuesday, 24 August 2010

Persandingan Luar Biasa..!!

Pada suatu masa yang ditetapkan..
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..

Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..

Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..

Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa..

Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..
Related Posts with Thumbnails